Thursday 20 September 2012

 LIKE dan sebarkan page ini:  http://www.facebook.com/pages/Dana-Haji-Jasman/351116804972466

semoga lebih ramai muslim di malaysia dapat diselamatkan daripada penipuan yang menggunakan nama Islam.shukran, tuan.

Wednesday 19 September 2012

Keratan Akhbar Tentang Dana Haji Jasman

SSM memerlukan lebih maklumat.  Sila hubungi talian SSM 0362048999.
sumber:  http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=579%20&%20menuid=6851#d


Berikut adalah keratan akhbar mengenai dana ini.  Pun boleh mengikuti himpunan perkongsian mereka yang telah/sedang/mengenali orang yang ditipu di sini:  danajasman.blogspot.com.  

Ataupun google sahaja 'Dana Haji Jasman'.



keratan akhbar berita harian

contoh baiah yang kononnya mengesahkan tentang perjanjian antara bakal penerima dan dana haji jasman.sah ke mcm ni?

keratan akhbar metro
keratan akhbar utusan

Dana Haji Jasman Baek Punya Tipu



Penipuan Dana Haji Jasman

 Sejak beberapa bulan yang lalu, parents aku selalu cerita tentang satu dana yang kononnya bertujuan untuk membantu individu muslim, khasnya untuk melahirkan jutawan di kalangan muslim.  Dana ini katanya didapati daripada wang yang terkumpul dari jutawan-jutawan muslim di seluruh dunia.

Wanita bernama Suhaila Zainal Abidin yang memperkenalkan dana ini.  Suhaila mengumpulkan parents aku  dan beberapa orang penduduk di kawasan tempat parents tinggal, yang terdiri daripada mereka yang bekerja di jalan agama, seperti membuka sekolah agama, mengajar agama dan sebagainya.

Mula-mula katanya akan dapat wang dana tu sebelum puasa.  Kemudian akan dapat selepas raya pula.  Kemudian DS Najib (YES! Our PM) pula disalahkan..katanya DS Najib yang enggan menandatangani pelepasan dana itu.  Dana itu akan diberikan selepas pilihanraya (pulak!).  Nasib baik tak salahkan DS Rosmah.

Suhaila meminta 6 keping gambar pasport dan salinan kad pengenalan.  Tiada wang dikenakan.  Itu pada awalnya.  Beberapa bulan kemudian Suhaila memperkenalkan pula Saham TT, atau Tee Tee, atau Ti Ti? (tak pasti bagaimana ejaannya).  Saham ini adalah daripada Bank Negara, wang-wang yang tidak dituntut daripada bank-bank di Malaysia atau wang 'parking'?  Entahlah.  Tak faham.  Kena bayar RM200 untuk mendapatkan RM500 ribu! OKAY?  RM200 for RM500k!

What's next?  Tak pasti.  Yang pasti bapak aku dah ikut rombongan ke Segamat, hometown Haji Jasman ini.  Di sana, seramai 2,500 orang ahli dikumpulkan dan diberikan penerangan tentang berita terkini dana berkenaan.  Haji Jasman juga menjelaskan bahawa beliau difitnah di internet!  KITA SEMUA TENGAH FITNAH DIA LAH NI!

Yang aku tak faham tu, kenapa setelah 300 laporan polis telah dibuat, dana sejak tahun 2002 ini masih hidup?  Haji Jasman tu siap boleh buat open day secara terangan pada 17 September 2012.  Laporan daripada Harian Metro mengatakan, SSM sudah menerima laporan dan akan mengambil tindakan.  Tapi bila?  Apabila ada orang-orang besar yang tertipu?

Orang Melayu masih tak sudah-sudah dengan easy money.  Dulu, Pakman Telo.  Sekarang, Dana Haji Jasman pula.  Yang kaya, Haji Jasman, yang bodoh ---> KITA.  Ya Allah, selamatkanlah kedua ibubapaku daripada tipudaya manusia syaitan. 




SSM mintak kita semua yang pernah ditipu atau sedang ditipu atau mengenali orang yang ditipu untuk memberikan maklumat lanjut tentang Haji Jasman ni.  Nama penuh?  No telefon?  No IC?  Alamat rumah.  Boleh hubungi:   0362048999